KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki negara yang baharu
Paul Revington, diberi dua indeks prestasi utama (KPI) iaitu meletakkan
Malaysia pada kedudukan 10 terbaik dunia dan melayakkan diri ke temasya
Sukan Olimpik Rio, Brazil pada 2016.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah berkata beliau yakin dengan kemampuan Revington membimbing skuad
hoki negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai jurulatih antarabangsa
di beberapa buah negara sebelum ini.
"Dengan adanya jurulatih baharu ini, prestasi skuad hoki kebangsaan
mampu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi," katanya kepada
Bernama.
Revington menggantikan Tai Beng Hai yang dilantik sebagai Pengarah
Kejurulatihan MHC dan diberi tugas menyelia program pembangunan remaja.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Revington sebelum ini adalah
membawa Afrika Selatan menduduki ranking ke-10 dunia serta layak ke
Sukan Olimpik 2004 Athens, Piala Dunia dan Sukan Komanwel 2006.
Beliau juga pernah memenangi anugerah Jurulatih Terbaik Dunia FIH
2011.Tengku Abdullah berkata, dua tugas terdekat menanti Revington ialah
membimbing skuad negara menghadapi International Hockey Federation
(FIH) Champions Challenge 1 di Doha, Qatar November ini dan Kejohanan
Hoki Piala Asia di Singapura tahun depan
No comments:
Post a Comment